Saintis di makmal Institut Penyelidikan Virologi Wuhan yang didakwa punca penularan Covid-19.

BEIJING – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menolak dua teori yang mengaitkan penularan Covid-19 di China.

Teori  virus maut itu terbocor dari makmal di Wuhan atau ia terjangkit kepada manusia di Pasar Makanan Laut Huanan dinafikan sekeras-kerasnya dalam sidang media yang diadakan di wilayah itu.

Sepasukan saintis WHO sedang mengadakan lawatan dan meluangkan masa lebih empat minggu untuk mengenalpasti asal virus Covid-19 di Wuhan.

Namun pelbagai persoalan berkaitan Covid-19 masih tidak dapat dirungkai jawapannya dan terus menjadi misteri.

Dr Peter Ben Embarek yang mengetuai misi WHO itu ke China berkata, mereka telah menemui maklumat baharu tetapi ia tidak mengubah gambaran menyeluruh pandemik itu.

Sambil menolak teori asal Covid-19 itu, Embarek berkata, adalah ‘sangat tidak mungkin’ virus itu tersebar dalam kalangan populasi manusia berikutan penularan di Institut Virologi Wuhan.

Pusat penyelidikan itu mengumpul sampel virus ekstensif untuk menyiasat dakwaan ia mungkin menyebabkan penularan dengan virus itu itu tersebar dalam kalangan komuniti.

China juga menolak teori itu sepenuhnya dan mencadangkan virus itu mungkin berasal dari kawasan lain.

Pakar WHO menambah mereka tidak tahu peranan sebenar Pasar Makanan Laut HUanan dalam penularan Covid-19.

Beberapa kluster kes Covid-19 dikaitkan dengan pasar ‘misteri’ itu namun kerajaan juga menjumpai kes dalam kalangan orang yang tidak berurusan dengan pasar yang sama.

Embarek juga percaya virus itu mungkin berjangkit dari haiwan atau binatang kepada manusia apabila kerjaya mereka yang berkaitan dengan kelawar tetapi tidak dari Wuhan.

Ada juga kepercayaan virus berkenaan menular dari binatang liar spesis lain seperti tikus buluh yang merupakan makanan eksotik kegemaran rakyat di China.-MalaysiaGazette