KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik sebanyak 3 sen seliter masing-masing kepada RM2.26 dan RM1.96 seliter.

Manakala harga runcit diesel naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.11 seliter kepada RM2.15 seliter.

Kenaikan itu bagi tempoh 13 Februari hingga 19 Februari.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette