Keadaan kawasan pasar raya yang musnah selepas berlaku letupan. foto Agensii

MOSCOW – Sebuah pasar raya di bandar Vladikavkaz di selatan Rusia meletup sebelum ia sempat dibuka pada awal pagi, menyebabkan kerosakan besar berlaku.

Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Pihak berkuasa percaya letupan itu disebabkan berlaku kebocoran gas.

Difahamkan silinder-silinder gas ditempatkan di tingkat bawah premis ini.

Bangunan yang menempatkan pasar raya Magnit dikatakan hampir musnah sepenuhnya.

Seorang pengawal keselamatan yang dikatakan sedang tidur di dalam kedai ketika letupan berlaku.

Tetapi dia ditemui selamat.

”Saya tertidur ketika hampir pagi dan terbangun akibat daripada bunyi letupan,” kata pengawal itu namun tidak ingat bagaimana dia boleh keluar daripada premis berkenaan. – MalaysiaGazette