Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki telah merogol seorang gadis remaja 14 tahun yang juga anak saudaranya ditahan polis.

Suspek telahditahan oleh polis di kawasan Sea Park, Petaling Jaya pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pada mulanya polis menerima laporan daripada seorang remaja yang mendakwa telah dirogol oleh suspek.

Mangsa mendakwa telah dirogol bapa saudaranya sejak Mac hingga Disember tahun lalu di rumah yang juga diduduki suspek.

“Mangsa mendakwa dirinya dirogol ketika ibunya tidak ada di rumah dan adik beradiknya yang lain tidur,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

Tambah Nik Ezanee, mangsa kini ditempatkan di bawah perlindungan di Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

“Bertindak atas laporan polis mangsa, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya telah berjaya memberkas suspek berusia 41 tahun itu di sebuah rumah di kawasan Sea Park.

“Hasil semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut polis dan kesĀ  sedang disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana kelakuan sumbang mahram.- MalaysiaGazette