Zahida Zarik Khan
Zahida Zarik Khan

KUALA LUMPUR – Selepas kerajaan akur dengan desakan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat kini sudah tiba masa untuk moratorium secara automatik.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kuasa kerajaan diperlukan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19.

“Kita tetap mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana akhirnya akur dengan permintaan ramai rakyat yang sangat terkesan dengan kemelesetan ekonomi sekarang ini.

“Saya cuma menyeru agar permintaan kedua mengenai moratorium automatik diberi pertimbangan sewajarnya juga… berdoalah kita. Saya tetap dengan pendirian asal agar kedua-dua permintaan di atas dapat diluluskan. Ini bukan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan,” katanya dalam satu catatan di Facebook hari ini.

Menurut Zahida, walaupun kerajaan terpaksa ‘mengorbankan’ hanya seorang (bekas CEO KWSP) untuk menjayakan sepenuhnya skim I-Sinar namun beliau berpendapat kosnya memadai untuk memastikan rakyat terus dibantu.

“Syabas kerana prihatin. Diharap para menteri yang begitu ramai dapat juga mencontohi langkah ini,” ujarnya.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Pemuda dan puteri Umno lantang bersuara mengenai pengeluaran wang isinar dan isu KWSP sejak PKP bermula tahun lalu. Agaknya mereka ini telah membeli banyak hartanah seperti kondo dan rumah di KL dan Selangor gara gara duit habis dan gawat kehidupan mereka tak mampu bayar balik pinjaman bank. Asyik mendesak kerajaan memaksa bank buat moratorium terhadap pinjaman mereka demi menyelamatkan diri mereka dari bankrap

  2. Pemuda dan puteri Umno dinasihatkan bersuara semasa PAU tahun ini mengenai isu wang simpanan rakyat iaitu KWSP. Tiada gunanya melolong serta melalak isu berkenaan setiap hari kepada media tempatan demi meraih perhatian kononnya membela nasib rakyat marhain

  3. Maaf…tak terfikir pekerja2 dibank dipotong gaji hanya kerana moratorium yang perlu diberi…bekerja siang malam…kami juga pekerja essential services yg tak didendangkan dan perlu bekerja setiap hari tanpa cuti dr pkp 1.0 lagi…tolong jangan ingat bank nak mengaut keuntungan semata mata…kami juga ada keluarga yang perlu ditanggung. Kaji dulu dimana keuntungan bank buka ramai yg tak mampu lagi utk bayar pinjaman

  4. Sebenarnya bernas idea ni supaya ramai org boleh berbelanja. Bank tak rugi sbb ikut 6 bulan masa skim tu dibuat tahun lepas ,bank maseh berupaya buat untung. Katakan Rm10K, seorang, maka RM 60K utk 6 bulan. Jika 1 juta rakyat terlibat maka ada terdapat 60 billion fund dlm market. Ekonomi boleh dibantu utk pemulihan bila wang ni dibelanjakan. Saya tak jangka wamg lebihan ni disimpan, ia akan dibelanjakan oleh org ramai.

Comments are closed.