Foto The Independent.

LONDON – Leicester hanya memerlukan enam minit untukĀ  menambah derita Liverpool selepas menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu 3-1 di Stadium King Power, malam tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp kini tewas tiga perlawanan berturut-turut dan mampu terperosok ke tangga keenam sekiranya Chelsea dan West Ham merakam kemenangan di laman sendiri esok.

The Reds seakan mampu bangkit daripada kekalahan 4-1 di tangan City sebelum ini apabila mendahului permainan menerusi Mohamed Salah.

Namun dalam tempoh 12 minit terakhir, The Foxes menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma James Maddison.

Dua minit kemudian, Jamie Vardy meletakkan Leicester di depan selepas penjaga gol Liverpool Alisson Becker menghalang bek tengah baharunya Ozan Kabak mengeluarkan bola.

Ini merupakan kemenangan pertama Brendan Rodgers ke atas bekas kelabnya sejak dipecat Liverpool pada tahun 2015 itu melonjak Leicester ke tangga kedua liga. – MalaysiaGazette