Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di UTC Pudu dan Kaunter Bantuan Khas Kerajaan di Cawangan KL Bandar ditutup sementara mulai hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Penutupan premis itu adalah untuk kerja sanitasi dijalankan.

Justeru sebagai alternatif HDN berkata, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian
di www.hasil.gov.my atau kunjungi pejabat LHDNM yang berhampiran.

Bagi urusan pembayar cukai yang hadir di premis LHDN, pelanggan diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).-MalaysiaGazette