Kelihatan foto romantik hitam putih dimana Markle dilihat sedang meletakkan tangan pada kandungannya yang semakin kelihatan. Foto agensi

LONDON – Pasangan diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle bakal menimang cahaya mata kedua.

Jurucakap yang mengumumkan berita itu semalam berkata, pasangan diraja tersebut telah berkongsi kegembiraan menerusi satu foto romantik yang diambil dari jarak jauh oleh rakan mereka dan jurugambar, Misan Harriman.

“Kelihatan pasangan romantik diraja tersebut sedang tersenyum kegembiraan sambil Markle,39 meletakkan tangan pada kandungannya yang semakin kelihatan.

“Kami mengesahkan Archie akan menjadi abang.

“Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Istana Buckingham turut memaklumkan Ratu Elizabeth II dan seisi keluarga diraja itu turut gembira dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut.

Terdahulu, akhbar The New York Times mendedahkan Markle mengalami keguguran pada Julai tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast