Timo Werner mengakhiri badi gol bersama Chelsea selepas menjaringkan gol penting untuk membawa Chelsea ke tangga keempoat dalam carta liga musim ini.

LONDON – Timor Werner mengakhiri badi jaringan gol apabila membantu menewaskan Newcastle United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Jaringan itu sekali gus membantu pasukan the Blues bimbingan Thomas Tuchel memintas Liverpool dan melonjak ke tempat keempat dalam carta liga domestik.

Olivier Giroud membuka jaringan awal pasukan di Stamford Bridge pada minit ke-31 separuh masa pertama dibantu oleh Werner.

Gol Werner hadir pada minit ke-39 untuk mengesahkan tiga mata penuh bagi membantu pasukan mengumpul 42 mata dengan West Ham di tempat kelima dalam carta selepas 24 perlawanan.

West Ham kendalian David Moyes yang menang selesa ke atas Sheffield United pada hari  Isnin menolak Liverpool ke tempat keenam.

“Kami tahu berpeluang cerah melompat ke tempat keempat dalam carta dan pemain saya memanfaatkan kelebihan itu sepenuhnya malam ini.

“Sebelum ini jurang dengan empat pasukan teratas sangat lebar tetapi sekarang kemenangan ini memberi keyakinan kita masih berpeluang cerah mencipta kejutan besar,” kata Tuchel. – MalaysiaGazette