Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak meningkat pada hari Selasa selepas penutupan telaga dan kilang penapisan minyak di Texas.

Texas adalah negeri pengeluar minyak mentah terbesar di Amerika Syarikat.

Harga juga meningkat apabila kumpulan Houthi yang berpihak kepada Iran di Yaman mengaku menyerang lapangan terbang di Arab Saudi dengan dron, sekali gus meningkatkan kebimbangan bekalan bagi pengeksport minyak terbesar di dunia.

Minyak mentah Brent naik AS$0.11 atau 0.2% kepada AS$ 63.41 setong pada 0144 GMT, setelah naik ke paras tertinggi sejak Januari 2020 pada sesi sebelumnya.

Secara kasar, Texas menghasilkan 4.6 juta tong minyak sehari dan mempunyai 31 kilang penapisan minyak – terbanyak dalam kalangan negeri-negeri di AS, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast