PdPR DidikTV NTV7 education tv channel Ministry of Education MOE
Education TV channel, DidikTV would replace NTV7

KUALA LUMPUR – Selepas beroperasi selama 22 tahun 10 bulan saluran televisyen NTV7 akhirnya menemui titik akhir bersiaran.

Menurut sumber, Natseven TV Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak 7 April 1998 akan digantikan dengan saluran khusus TV Pendidikan, yang dikenali sebagai DidikTV KPM.

Katanya, mulai Khamis ini, DidikTV KPM akan bersiaran bermula pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

“Saluran baharu ini merupakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid dan pelajar di seluruh negara.

“DidikTV akan menyiarkan program diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum kementerian serta boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran NTV7 di TV Unifi,” katanya. – MalaysiaGazette