MGNews : Usia 18 Mengundi? Tak Semestinya Yang Muda Tidak Matang!

Generasi muda berusia 18 tahun kini sudah boleh berfikir lebih matang khususnya menjadi pengundi.

Itu majoriti pandangan yang disuarakan menerusi tinjauan MalaysiaGazette hari ini. Menurut Mohd Iqbal Ruslan, 18 tahun, generasi sepertinya kini sudah terdedah dengan hak dan keperluan mengundi, justeri mereka berhak untuk dijadikan sebahagian daripada pemilih pentadbiran negara.

Apa yang penting ujarnya, pengundi yang berusia 18 tahun mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memilih.