KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) melancarkan satu Platform Dagang PAPUH for Business melalui dalam talian di Google Meet bagi membantu ahli-ahli menjual barangan selain pakej pelancongan demi kelangsungan hidup akibat pandemik Covid-19 melanda negara.

Sudah hampir setahun industri pelancongan dan umrah runtuh akibat pandemik Covid-19 dan ramai antara ahli-ahli Papuh sudah beralih ke perniagaan lain sementara menanti keputusan kerajaan untuk membuka semula industri pelancongan, kata Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Oleh itu, PAPUH mengajak orang ramai untuk bersama-sama ahli-ahli dengan melayari laman Google Meet di https://meet.google.com/hmb-npkj-xia pada setiap hari Rabu jam 10 pagi hingga 1 petang.

Di sini, katanya, pelbagai barangan yang dijual oleh ahli-ahli kami seperti, kurma, nasi arab, ikan solmon, nasi arab, lot tanah, minyak wangi dan lain-lain lagi.

”Orang ramai boleh membeli terus dengan ahli-ahli kami serta dapat membantu mereka meneruskan kehidupan dimasa yang mencabar ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette