M A Tinagaran

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan Timbalan Pengerusi sebuah parti politik kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada 2019.

Meskipun tidak mendedahkan nama, individu yang dimaksudkan itu adalah M. A. Thinagaran.

SPRM Putrajaya dalam satu kenyataan berkata, dua lagi pengarah sebuah syarikat di negeri tersebut turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh semalam.

“Dalam pada itu, SPRM telah merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan Timbalan Pengerusi tersebut,” kata Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Katanya, turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi.

Menurut SPRM, kenderaan itu dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.

“Setakat ini, beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibekukan untuk tujuan siasatan.

“Ketika ini, siasatan masih lagi berjalan dan SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan ini,” sebut SPRM dalam kenyataan itu.

Artikel berkaitan: Timbalan Pengerusi PKR Perak dipanggil SPRM bantu siasatan

Thinagaran bukan pembantu saya – Xavier Jayakumar

Semalam Thinagaran juga dikatakan pernah bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Xavier di kementeriannya di bawah pemerintahan kerajaan PH sebelum ini.Dua

Bagaimanapun hubungan itu dinafikan oleh Xavier hari ini sambil menegaskan Thinagaran hanya adalah kenalan rapat keluarganya dan bukan pembantu beliau.

Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu turut  menyatakan beliau tidak pernah menyokong amalan rasuah dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan masih mengekalkan nilai-nilai itu sebagai seorang reformis awal parti berkenaan.

Semalam PKR Perak dalam kenyataan di Facebook berharap siasatan telus tanpa sebarang campur tangan ke atas Thinagaran.- MalaysiaGazette