Juara bertahan Novak Djokovic berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Tenis Terbuka Australia dengan kemenangan ke-19 berturut-turut. foto agensi

MELBOURNE – Juara bertahan, Novak Djokovic berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Tenis Terbuka Australia.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung pada Selasa lalu di Melbourne Park, jaguh nombor satu dunia dari Serbia itu telah menewaskan Alexander Zverev 6-7 (6-8) 6-2 6-4 7-6 (8-6).

Alexander merupakan permain Jerman yang menduduki tangga keenam dunia.

Pada separuh akhir, Djokovic akan bertemu pemain Rusia, Aslan Karatsev.

Dalam satu lagi aksi suku akhir, Aslan menewaskan Grigor Dimitrov yang telah mengalami kecederaan semasa perlawanan.

Kartsev yang menduduki tanggan ke-114 dunia merupakan atlet pertama dari Rusia yang melangkah ke separuh akhir dengan gelaran ‘Grand Slam’. – MalaysiaGazette