KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang membuat rakaman mahu bunuh beberapa orang lelaki Acheh dan minum darah orang yang dibunuh telah ditahan reman pagi ini di Mahkamah Klang.

Penahanan lelaki berusia 31 tahun ini selepas polis IPD Kelang Selatan mengesan beberapa video itu melalui aplikasi Whatapps pada 15 Februari, lebih kurang 3.30 petang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki itu turut menyiarkan alamatnya dalam video berkenaan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Menurutnya, suspek pertama yang tiada dokumen perjalanan itu ditahan di Tanjung Sepat.

Selanjutnya, katanya, polis telah terkesan satu video viral menunjuk suspek pertama telah dipukul oleh beberapa orang lelaki yang marah dengan kenyataan berkenaan.

Ekoran itu, pihak polis ada menerima satu laporan polis daripada orang awam yang mengatakan nampak satu kejadian merusuh di Taman Selat Damai Pendamaran melibatkan beberapa lelaki disyaki warga Indonesia.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Fadzil berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor telah melancarkan gerakan mengesan semua saspek yang terlibat.

Polis telaah menahan seorang lelaki Indonesia berumur 30-an terlibat dalam kes merusuh juga telah ditangkap di Klang Selatan.

Suspek ini juga tiada dokumen perjalanan yang sah. – MalaysiaGazette