Nikola Milenkovic.

LONDON – Manchester United yang sedang mencari seorang pemain pertahanan tengah baharu kini menyasarkan pemain pertahanan Fiorentina, Nikola Milenkovic.

Menurut laporan akhbar Itali, United sudah lama mengintai pemain muda dan berbakat itu.

Milenkovic merupakan pemain pertahanan berasal dari Serbia dan baru berusia 23 tahun.

Dia merupakan pemain pertahananan utama Fiorentina dan telah membuat 20 penampilan pada musim ini utuk Serie A.

Pemain ini mempunyai gaya permainan agersif seperti lagenda pertahanan United, Nemanja Vidic.

Laporan itu juga menyatakan United berpeluang cerah untuk mendapatkan pemain muda tersebut kerana Milenkovic dikatakan ingin meninggalkan Fiorentina bagi mendapatkan cabaran baharu untuk kariernya.

United dikatakan tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini kerana anggaran nilai bagi pemain ini adalah kira-kira 35 juta euro.

Pada musim ini barisan pertahanan United telah mempamerkan aksi yang mengecewakan apabila gandingan Harry Maguire dan Victor Lindelof kerap dibolosi dengan gol-gol mudah menyebabakan kelab itu kini telah melepaskan 31 gol dalam 24 perlawanan. – MalaysiaGazette