Bahagian jet pejuang Rafale yang rosak selepas merempuh talian elektrik.

MANOSQUE, Perancis – Dua buah pesawat pejuang milik tentera Perancis yang terbang terlalu rendah merempuh talian elektrik menyebabkan bekalan kuasa terputus di sebuah kampung di selatan negara itu.

Insiden itu berlaku di kampung Le Castellet, berhampiran Manosquu pada petang semalam.

Dua buah pesawat Rafale yang dalam misi latihan penerbangan altitut rendah berlepas dari pengkalan udara berhampiran, menurut laporan.

Satu sisatan mengenai ‘insiden yang jarang berlaku’ telah dibuka, lapor BBC.

“Ia terbang terlalu rendah, saya kemudian mendongak dan melihat pesawat kedua,” kata ketua kampung kepada akhbar tempatan, France Bleu.

“Ia terlalu rendah menyebabkan saya berkata kepada diri sendiri bahawa ia terbang di bawah talian elektrik,” menurut Benoit Gouin yang ketika itu sedang memandu.

Gouin berkata, beliau terjumpa sebahagian kabel elektrik berada di atas tanah.

“Salah sebuah pesawat merempuh talian elektrik dan memutuskannya. Saya menghubungi pasukan perkhidmatan kecemasan dan Enedis (syarikat elektrik),” tambah beliau.

Kabel yang terputus itu menyebabkan kebakaran namun ia dapat dikawal tidak lama selepas itu, menurut laporan akhbar, La Provence.

Kampung tersebut kekal tanpa bekalan elektrik untuk beberapa jam manakala jalan ke penempatan itu turut ditutup atas sebab-sebab keselamatan. – MalaysiaGazette