Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Keputusan mahkamah terhadap portal Malaysiakini dianggap tanda-tanda negara sedang bergerak pantas ke arah kediktatoran.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terkesan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini terhadap laman berita Malaysiakini atas sebab menghina mahkamah dan juga denda yang melampau tinggi yang dikenakan terhadapnya.

Serbuan polis terhadap Gerakbudaya dan tindakan merampas sebahagian dari komputer mereka adalah juga memprihatinkan, katanya.

“Kebebasan bersuara adalah tiang seri dan elemen terpenting dalam mana-mana sistem masyarakat yang demokratik.

“Kesemua cabang pemerintah adalah bertanggungjawab dalam memelihara dan melindungi kebebasan bersuara sepertimana yang diperteguh di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam perkara terkait penghinaan terhadap mahkamah dan subjudis, kita boleh bersetuju dengan sudut pandang Majlis Peguam bahawa mesti wujud keseimbangan antara pemeliharaan prinsip kebebasan bersuara dan penegakan hukum yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anwar, dalam masa yang sangat singkat Perikatan Nasional mengemudi negara sudah ada serangan yang berterusan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media, termasuk penyiasatan dan gangguan terhadap para wartawan, para pemuka masyarakat madani, ahli-ahli Parlimen dan kini badan-badan berita yang bebas.

“Malaysiakini tidak dituduh kerana melaporkan berita palsu tetapi mereka dihukum kerana komen-komen yang ditinggalkan oleh pengguna-pengguna internet yang tidak dikenali di laman berita mereka.

“Tindakan ini hanya akan merobek kepercayaan dan keyakinan dalam soal penegakan negara hukum di Malaysia dan akan menjauhkan lagi para pelabur asing dari negara ini.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Tak semestinya.. sambal belacan pun boleh ada beribu-ribu pendapat. Tak ade ke orang yang langsung tak terkesan bila membaca makian, kata2 nista, berbau londang, kedengaran seperti kencing merata-rata. Mana dia prinsip kesopanan dan kesusilaan..

  2. setuju dgn ayapin…..komen2 dlm MK memang 90% memihak dn berat sebelah

    serangan yang berterusan ke atas kebebasan bersuara

Comments are closed.