MGNews : TNB Rugi RM 3 Juta Akibat Sindiket BitCoin – KP Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Enam premis di Bandar Sri Permaisuri di Cheras yang dijadikan pusat melombong wang kripto Bitcoin menggunakan elektrik curi diserbu sepasukan polis kelmarin.

Menerusi dua serbuan berasingan bermula pukul 12 tengahari, polis turut menahan empat suspek terdiri daripada dua lelaki warga asing dan dua lelaki tempatan.

Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 45 tahun adalah dalang utama bagi kegiatan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, dua suspek iaitu lelaki warga India dan Myanmar ditahan dalam serbuan pertama di sebuah premis di Bandar Sri Permaisuri.