Najib Razak

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang telah keluar UMNO boleh diterima semula UMNO tetapi tidak boleh mengenakan sebarang syarat termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Itu kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional yang juga bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

“Sesiapa boleh mohon untuk balik (semula) kepada UMNO… Tetapi orang macam saya, kami ini semua, kita setia dalam UMNO, tidak pernah keluar daripada UMNO.

“Mereka yang keluar daripada UMNO, hendak kembali kepada UMNO, boleh dipertimbangkan.

“Namun, mereka tidak boleh kenakan syarat, dia kena terima. Dia mahu masuk UMNO, terimalah dasar UMNO, terimalah sesiapa yang ada dalam UMNO.

“UMNO adalah parti yang bukan milik mana-mana individu atau Presiden parti sekalipun, ataupun bekas presiden parti, tidak! UMNO adalah milik tiga juta ahlinya,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.

Mahathir sebelum ini meletakkan syarat sekiranya ada pihak yang mahu beliau kembali kepada parti yang pernah dipimpinnya itu.

Bagaimanapun beliau tidak mahu bekerjasama dengan ‘penyangak-penyangak’ di dalam UMNO, katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar baru-baru ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO sudah mati, takkan Tun M mahu U-turn? – Zahid Hamidi

5 Komen

  1. Kalau hendak UMNO melingkup, ambil lah orang veteran ni. Golongan veteran UMNO lah yang memporak perandakan UMNO sejak dari zaman Pak lah jadi ketua sampai la ni. Sepatutnya golongan vateran duduk diam sahaja apabila sudah tiada kuasa. Biarlah golongan muda pula yang mentadbir. Umur sudah lebih 70, buatlah berehat duduk dengan bini muda atau main dengan cucu.

  2. Bro, I support you. Dia nak balik UMNO tapi dengan syarat dia? Tak payah la, cari yang muda serta berkaliber untuk masa depan parti.

  3. Sbb ko jibby dgn jahid n geng2 penyamun lah yg buatkan umno dipndang haprak… Sptutnya ahli yg ada kes pertuduhan mahkamah di minta keluar secara terhormat dn tingglkn umno…selagi penyamun2 dok sauk duit rkyat slgi tu lh umno busuk smpai ke usus

  4. X payah layan org mcm mahathir tu..kelak akan huru hara dan pecah belah blh berlaku jika dibenarkan fia masuk semula ke dalam UMNO..kami x akan lupa apa yg dia dh lakukan kepada kami ahli yg setia, cukup2 lah dgn apa yg dh berlaku kami x mahu lg.. INGAT JIKA DIA MASUK KAMI AKAN KELUAR BERAMAI-RAMAI DAN KAMI AKAN PASTIKAN UMNO TIADA PENYOKONG SETIA LAGI. INI JANJI KAMI

  5. Ada yg jd ahli dari atok pai bapak pai level sekarang ni la anak. Tak pernah pun dapat can masuk MRSM ke apa ke yelah belajar pun tak pandai. Atok pencen gomen, ayah pun macam tu jugak takde lah dapat apa2 projek gomen macam supply pensel ke kertas ke atau job potong rumput. Sekarang ni nak kerja gomen jgn haraplah lau takde kawan. Cuma dapatlah bantuan mcm BRIm. Jadi ahli seumur hidup, yg kita tau ahli seumur hidup ni jadi ahli pai matilah. Mati baru berhenti jadi ahli. Maknanya mcm dah jadi ahli Rahmatullah. Macam mana nak cakap ya.. dah tak jd ahli tu maknanya dah mcm matilah kan. Mana ada ahli Rahmatullah yg kembali lagi.. Bangang lah kan boleh offer2 jadi ahli balik..

Comments are closed.