Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR – Kehidupan demokrasi di Malaysia bermakna kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara mestilah dipertahankan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persuratkhabaran bukan sekadar menyebarkan berita dan maklumat sahaja tetapi jauh lebih penting ia menyediakan ruang untuk sumbangsaran, kritikan dan semak imbang dalam setiap hal bermasyarakat dan bernegara.
“Ia instrumen penting membantu menyuarakan nurani masyarakat, terutama mereka yang tertindas dan tertinggal atau mereka yang sekadar ingin memberikan pandangan alternatif atau idea baru,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.
Kenyataan Mohamad itu dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang memerintahkan Mkini Dotcom Sdn Bhd membayar denda RM500,000 selepas mendapati syarikat itu bersalah menghina mahkamah menerusi penerbitan komen pembaca.
Menurut Mohamad, kebebasan akhbar dan bersuara ‘serves a high public purpose’.
Tambah beliau, Malaysia mesti menuju ke arah masyarakat madani yang bebas bersuara secara matang, progresif dan jujur.
Ujarnya, hanya dengan akhbar yang bebas dan bertanggungjawab, ketelusan dalam ekonomi dan pasaran akan berlaku.
Malah, jelasnya,  lerajaan akan menjadi lebih accountable, segala salah guna kuasa dan kejelikan moral akan terbongkar dan inspirasi tercetus melalui cerita kemanusiaan yang mengkagumkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast