Manuel Konrad.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan Selangor telah melengkapkan kuota pemain import mereka lebih awal daripada tarikh tutup asal.

Menurut Johan, pemain import kelima Selangor sudah didaftarkan pada 12 Februari lalu dan bakal menyertai sesi latihan pasukan pada hari isnin ini setelah selesai menjalani proses kuarantin.

“Alhamdulillah, Selangor dah daftar kedua-dua pemain Ifedayo dan pemain import kelima pada 12 Februari dengan MFL. Hari ini (semalam) pula dah dapat pengesahan status Asia Ifedayo,” jelasnya di media sosial miliknya.

Difahamkan pemain import kelima tersebut ialah Manuel Konrad dari Jerman dan  merupakan pemain tengah berusia 32 tahun.

Dia mempunyai pengalaman beraksi bersama kelab divisyen tiga liga bola sepak Jerman, KFC Uerdingen 05.

Sebelum ini, Konrad pernah beraksi bersama beberapa kelab Jerman yang lain seperti SC Freiburg, SpVgg Unterhaching, FSV Frankfurt dan Dynamo Dresden.

Dia dijangka berganding dengan Brendan Gan untuk memperkasakan jentera tengah skuad Gergasi Merah.

Selain Konrad, empat pemain import yang telah disahkan menyertai pasukan itu ialah Tim Heubach, Oliver Buff, Safuwan Baharudin dan Ifedayo Olesegun yang akan mengisi kuota pemain import Asia.

Kelmarin, Malaysian Football League (MFL) kelmarin mengesahkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah melanjutkan tarikh tutup jendela perpindahan pemain pertama sehingga 5 Mac depan untuk Liga Malaysia.

Selama adalah tarikh tutup jendela perpindahan pertama pemain Malaysia 2021.- MalaysiaGazette