Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR –  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang ditamatkan pada hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP yang sepatutnya ditamatkan pada 25 Februari ini.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysua (KKM) telah melaksanakan 287 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak tiga kes positif telah direkodkan.

“Bagaimanapun, KKM mengesahkan situasi penularan jangkitan di lokaliti ini terkawal dan kesemua kontak rapat, kumpulan sasaran dalam kalangan penduduk telah dikenalpasti, disampel serta diasingkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette