Beruang Cinnamon

ANCHORAGE, Alaska – Seorang wanita melompat dan menjerit selepas diserang oleh seekor beruang ketika menggunakan tandas di luar sebuah rumah kecil di Tasik Chilkat.

Shannon Stevens mengalami luka akibat digigit atau dicakar oleh haiwan tersebut.

Ketika kejadian mangsa sedang menghabiskan cuti bersama keluarganya.

“Semasa saya duduk di mangkuk tandas, ada sesuatu gigit punggung saya,” kata wanita itu kepada AP.

Stevens memberitahu, dia menjerit nama abangnya yang kemudian datang bersama lampu suluh.

Ketika abangnya, Erik menyuluh lampu ke arah tandas, dia ternampak muka seekor beruang Cinnamon, menyebabkan mereka lari masuk ke dalam rumah.

Sementara menunggu hari siang, Stevens dirawat menggunakan kit kecemasaan.

Menurutnya, mereka menemui tapak kaki peruang itu di luar tempat tandas pada keesokan harinya. – MalaysiaGazette