Datuk A. Kadir Jasin
A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – UMNO perlu menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang korup dan bermasalah serta menggantikannya dengan individu yang lebih bersih, muda dan berwibawa.

Dengan itu, harapan untuk UMNO pulih adalah lebih cerah sekaligus memudarkan prospek Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).

Tokoh wartawan, Datuk A. Kadir Jasin mendakwa banyak orang keluar UMNO dan berhenti menyokongnya bukan kerana parti itu.

Sebaliknya, beliau mendakwa, orang keluar dan berhenti menyokong UMNO kerana pemimpinnya yang korup, menipu dan menyeleweng.

Oleh itu, katanya, jika ‘perosak-perosak’ itu disingkirkan, ramai orang akan kembali menyokong UMNO.

‘”Nyahkan kleptokrat yang sudah didapati bersalah dan yang sedang dibicarakan kemudian pilih pemimpin yang bersih, banyak orang Melayu akan berjinak-jinak balik dengan UMNO.

“Orang benci pemimpin-pemimpin UMNO yang korup dan kotor,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini susulan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Janda Baik, Pahang, Jumaat lalu.

Kadir berkata, sehingga UMNO benar-benar meninggalkan PN, beliau tidak percaya dengan spekulasi “keputusan” UMNO mengakhiri kerjasama tersebut sebaik sahaja darurat berakhir. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. hahhaha..
    ko ngan si saka tua (sst) xde beza,
    paku dulang paku serpih,
    tgk muka ko dua ekor pun org dah boleh tahu dah,
    siakap senohong gelama ikan duri,
    suka berbohong xmustahil sudah byk mencuri,

  2. Kah kah kah..geng2 Kadiaq dan Daim ni tak habis2..tak payah nak sibuk pasal parti org lain laaaa..Bersatu PRK pun telingkup lagi banyak cakap plak…haaaa

Comments are closed.