Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,192 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam hingga pukul 12 tengahari dengan 3,414 kes sembuh.

Berikutan itu jumlah, kes aktif menurun kepada 32,076 kes dengan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 252,623 kes atau 88.4 peratus.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 285,761 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 2,192, kes positif hari ini sebanyak tiga kes impot yang membabitkan  dua warga tempatan dan seorang wanita asing.

“Daripada kes baharu hari ini jumlah kes tempatan adalah sebanyak 2,189 kes yang mana 1,337 daripadanya warga tempatan manakala 852 kes adalah warga asing,” katanya dalam kenyataahn hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham memaklumkan sebanyak enam kes kematian direkodkan manakala 199 kes memerlukan memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 91 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 910 kes, atau 41.5 peratus, diikuti Kuala Lumpur (303 kes), Sarawak sebanyak (221 kes) dan Perak (148 kes).

Tambah beliau, sebanyak 109 kes, atau 5 peratus yang dilaporkan, adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39 kes), Kluster Tembok Bendera (26 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes). – MalaysiaGazette