Naomi Osaka berjaya menanang Terbuka Australia buat kali kedua dalam kariernya dalam pertarungan final selama dua jam Sabtu lalu.

LONDON – Kira-kira 12 bulan lalu, apabila ditanya tentang kekalahannya kepada pemain berusia 15 tahun dari Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff pada Terbuka Australia, Naomi Osaka berkata, dia masih belum mempunyai mentaliti juara.

Namun bintang muda itu tidak mengambil masa yang lama untuk mentranformasikan dirinya sebagai jaguh.

Ratu tenis Jepun berusia 23 tahun itu memenangi Grand Slam keempat pada Sabtu lalu selepas menewaskan Jennifer Brady pada perlawanan akhir Tenis Terbuka Australia.

Serena Williams masih aktif bersaing dalam dunia tenis namun Osaka kini menjadi pemain yang disegani.

Osaka berkata, dia masih mengikuti perkembangan Williams di luar gelanggang dan menjadikan jaguh tenis AS itu sebagai inspirasi.

“Saya rasa unik selepas menang gelaran Australia kali kedua berturut-turut kali ini,” jelas Osaka.

Pada final Terbuka Australia, Osaka mengambil masa selama dua jam untuk menundukkan Jennifer Brady 6-4 6-3.

Osaka menyusun jadual pertandingan secara berhati-hati dan selepas ini dia tidak akan beraksi selama sebulan bagi mempersiapkan diri menghadapi Terbuka Miami pada akhir  Mac ini. – MalaysiaGazette