MGNews : Persediaan SPM 2020 Cabaran Terbesar Buat Sekolah – Pengetua SM Setiabudi

GOMBAK – Menurut Pengetua SM Setiabudi, Faeiza Jumari, seramai 109 calon menduduki peperiksaan SPM hari ini. Katanya, detik yang dinantikan-nantikan oleh pelajar dan juga guru kini tiba selepas mereka melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan.

“Anak-anak pun sudah tidak sabar untuk menduduki SPM dan ia merupakan cabaran terbesar buat sekolah dan juga seluruh pelajar di negara ini secara amnya.