CIMB Bank di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Perbankan Persendirian CIMB dinobatkan Perkhidmatan Perbankan Persendirian Terbaik di Malaysia dalam Tinjauan Perbankan Persendirian Global dan Pengurusan Kewangan Euromoney 2021.

Perbankan Persendirian CIMB berada pada tangga teratas dalam 10 operasi perkhidmatan seumpamanya di Malaysia, serantau dan perbankan global di negara ini.

Sebagai tambahan, CIMB juga berada pada kedudukan perama dalam lima kategori lain di Malaysia.

Senarai anugerah-anugerah lengkap yang dimenangi adalah seperti berikut:

1. Perkhidmatan Perbankan Persendirian Terbaik Keseluruhan di Malaysia (No. 1)
2. Pelanggan Memiliki Kekayaan Mega (AS$250 juta+, No. 1)
3.Pelaggan Memiliki Kekayaan Ultra (>AS$30 juta – AS$250 juta, No. 1)
4. Pengurusan Pelaburan (No. 1)
5. Teknologi – Pengurusan Data dan Keselamatan dalam Perbankan Persendirian dan Pengurusan Kekayaan (No. 1)
6. Teknologi – Penggunaan Inovatif dan Teknologi Baharu Muncul (No. 1) – MalaysiaGazette