Bangkai pesawat tentera yang ditemui terhempas berhampiran Lapangan Terbang El Lencero di Emiliano Zapata. foto Reuters

MEXICO CITY – Enam askar Mexico mati apabila pesawat tentera udara yang dinaiki terhempas di Veracruz, kata Kementerian Pertahanan negara itu.

Nahas itu berlaku selepas pesawat Learjet 45 berlepas sekitar jam 9:45 pagi dari sebuah lapangan terbang di bandar Emiliano Zapata.

Enam mangsa belum dapat dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan.

Setakat ini tidak jelas berapa ramai yang menaiki pesawat malang itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast