Sebanyak 7 kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam perkembangan terbaharu jangkitan pandemik maut itu hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 dilaporkan dalam perkembangan terbaharu jangkitan pandemik maut itu hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 11 kluster dilaporkan di tempat kerja manakala dua lagi kluster dikesan dalam kalangan komuniti tempatan.

Johor melaporkan empat kluster iaitu Tapak Bina Digital Lapan,Jalan Wawasan 16, Jalan Cyber Sembilan dan Jalan Tebrau Pandan diikuti tiga di Selangor iaitu Jalan Damai, Jalan Serendah dan Subang Tiga, Kuala Lumpur melaporkan dua kluster iaitu Jalan Setiawangsa dan Jalan Bayam manakala Negeri Sembilan, Kedah masing masing melaporkan satu kluster iaitu Tapak Bina Jalan Ekar dan Jalan PKNK 3/3.

Manakala Sabah dan Sarawak masing masing melaporkan satu kluster Komuniti iaitu Taman Mawar dan Jalan Muhibbah membabitkan kluster sebuah majlis perhimpunan sosial persendirian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 13 kluster itu tiga daripadanya melaporkan kes positif pekerja pasar raya di tiga lokasi tertumpu iaitu di Kluster Jalan Tebrau Pandan, Jalan Setiawangsa dan Jalan Bayam, Cheras.

Katanya, kluster pekerja di pasar raya di Tebrau, Johor Bharu dikesan menerusi hasil saringan individu bergejala dan daripada 112 disaring, sebanyak 18 disahkan positif.

“Dua kluster di Kuala Lumpur juga membabitkan kluster pekerja pasar raya Taman Setiawangsa dan Jalan Bayam apabila kedua-dua kes positif dikesan menerusi saringan individu bergejala.

“Seramai 121 individu disaring setakat ini untuk kluster Jalan Setiawangsa dan 51 dikesan positif manakala bagi kluster pasaraya di Jalan Bayam,Cheras seramai128 kes disaring dan 13 daripadanya positif,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, enam lagi kluster membabitkan pekerja kilang periindustrian dan dua di tapak binaan di Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Johor

Dalam perkembangan sama, Kluster Taman Mawar yang membabitkan majlis perhimpunan sosial persendirian telah dikesan di sebuah taman perumahan di Taman Mawar, Sandakan menerusi saringan individu berjegala yang mana seramai 15 orang disaring dan kesemuanya positif.

“Kluster positif di majlis perhimpunan sosial persendirian menerusi hasil saringan individu bergejala pada 18 Januari lalu dikesan di daerah Betong menerusi Kluster Jalam Muhibbah di Taman Muhibbah dan setakat ini seramai 110 individu disaring dan 18 daripadanya disahkan positif,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 586 kluster telah ditamatkan termasuk lapan pada hari ini iaitu u Kluster Taman Kesedar, Kluster Jalan Manan, Kluster Bah Sayap, Kluster Dialisis Malim, Kluster Kampung Bukit Putera, Kluster Bersepadu, Kluster Kilang Setapak, dan Kluster Jalan Canang Emas.

Malah katanya, sebanyak 509 kluster masih dilaporkan aktif manakala kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Digital Lapan
(131 kes), Kluster Tembok Bendera (107 kes), dan
Kluster Jalan Pelabuhan (95 kes).

Justeru, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak  melaporkan kes positif kluster Muhibbah berlaku di sebuah rumah kediaman melalui perhimpunan sosial persendirian pada 10 Februari lalu.

“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes ke-7,407 iaitu seorang lelaki berumur 50 tahun warga Sarawak yang mengalami gejala dan menunjukkan tanda-tanda pada 14 Februari lalu dan tambahan 17 kes positif baharu pula dikesan hasil saringan dan pengesanan kontak rapat kepada indeks kes ini.

“Sementara 45 individu lagi negatif dan 47 lagi masih menunggu keputusan disamping kesemua 18 kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” sebut kenyataan itu.-MalaysiaGazette