Agihan itu membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM201.3 juta yang akan memberi manfaat kepada 4.82 juta pendeposit akaun SSPN.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi tahun 2020 adalah sebanyak 4.0 peratus.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, agihan itu membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM201.3 juta yang akan memberi manfaat kepada 4.82 juta pendeposit akaun SSPN.

Menurutnya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperoleh keuntungan pelaburan deposit SSPN berjumlah RM237.42 juta pada tahun lalu, peningkatan sebanyak RM32.14 juta iaitu 15.7 peratus berbanding RM205.28 juta pada tahun 2019.

Selain itu, deposit SSPN bagi tahun 2020 yang berjumlah RM1.99 bilion telah mencatatkan rekod baharu tertinggi sepanjang penubuhan PTPTN, kenaikan sebanyak RM623.82 juta atau 45.6 peratus berbanding RM1.37 bilion pada tahun 2019.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan deposit SSPN sehingga 31 Disember 2020 adalah RM7.88 bilion.

Sementara itu, sebanyak 436,101 akaun baharu SSPN telah berjaya dibuka pada tahun 2020, satu kejayaan yang memberangsangkan berbanding sasaran tahunan sebanyak 400,000 akaun.

Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak 4.82 juta akaun telah dibuka sejak SSPN diperkenalkan pada tahun 2004. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.