KUALA LUMPUR – Kes penderaan kanak-kanak nampaknya semakin menjadi-jadi namun malangnya ia masih berlaku di negara ini.

Kali ini seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun pula dikatakan mengalami nasib yang sama pusat penjagaan bayi di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Putrajaya.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 11 dan 18 Februari lalu.

MalaysiaGazette dimaklumkan saudara terdekat mangsa, satu laporan polis terhadap guru taska tersebut telah dibuat oleh ibu kanak-kanak perempuan terbabit di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada 22 Februari lalu.

Menurut laporan polis itu, ibu kanak-kanak tersebut dimaklumkan guru taska yang anaknya mempunyai kesan lebam di bahagian telinga kanan pada 11 Februari lalu.

Namun kejadian sama berlaku lagi pada 18 Februari lalu dan kali ini ibunya tidak pula dimaklumkan guru taska berkenaan sebaliknya ia disedarinya apabila mendapati ada kesan cubitan di cuping telinga kanan anaknya.

Kesan lebam di cuping telinga kanan seorang kanak-kanak berusia dua tahun mangsa penderaan guru taska.

Lebih merisaukannya, anaknya dalam keadaan trauma dan enggan pergi ke taska apatah lagi bersua muka dengan guru taska berkenaan.

Susulan kejadian itu, MalaysiaGazette dimaklumkanĀ  polis sedang meneliti rakaman video daripada kamera litar tertutupĀ  di taska berkenaan bagi membantu siasatan kes penderaan itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.