KUALA LUMPUR – Majlis Raja-raja Melayu dijadual bersidang selama dua hari bermula esok.

Tetapi mesyuarat pra-majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257 diadakan hari ini.

Berdasarkan maklumat pada laman sesawag rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu, Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga kali dalam setahun.

Mesyuarat esok adalah yang pertama untuk tahun ini. – MalaysiaGazette