Siti Aisyah Mohamad Amir dikehendaki SPRM Perak dalam membantu kes penyelewengan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang menjejaki seorang wanita, Siti Aisyah Mohamad Amir bagi membantu siasatan kese penyelewengan.

Menurut kenyataan SPRM, wanita berusia 31 tahun itu memegang kad pengenalan 901124-08-5666 dan alamat terakhir di Blok 2, Tingkat 10B, Berek Polis Seksyen 9, Persiaran Kayangan, Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Abdul Jalil Hamdan di talian 019-600 2041 dan 05-5261227 sambungan 135 atau emel ke alamat [email protected]. -MalaysiaGazette