sex change gender Australia transgender Nur Sajjat Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman girdle Nur Sajat auction assets damages compensation court case OWA Resources Sdn Bhd court ruling Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
Nur Sajat

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee@Shaii.

Peguam syarie Zuri Zaibuddin Budiman yang mewakili usahawan itu mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kes ditangguh ke 1 Jun depan.

“Saya pun tunggu dia datang, tetapi tiada. Dia diwajibkan hadir pada tarikh baharu,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah hari ini.

Selain Zuri Zabuddin, usahawan kontroversi itu turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

Pada 6 Jan lalu, Muhammad Sajjad, 36, dituduh berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada 7.30 malam, 23 Feb 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan jadual asal, Muhammad Sajjad sepatutnya menghadapi sebutan semula kes tersebut pada 9 pagi tadi, namun hingga prosiding berakhir, kelibatnya tidak kelihatan. – Bernama

4 Komen

  1. gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya hari ini tanpa sebarang sebab.

    lepas tu meroyan pula tuduh mahkamah Tinggi Syariah keluar waran @ TANGKAP Tidak ikut SOP mahkamah

  2. Dia mmg mintk di tangkap gitu, sementelahan kalau waktu hujan di tangkap basah-basahan. Apa tah lg yg tangkap tu pegawai abang sado… Nauzubilah kena petir on the spot kang haa… meninggal terus …

  3. Berapa banyak pondan kat luar sana ko tak peduli pun .siap ada yg dapat anugerah mcm Nisah Ayob yg diberikan kedudukan yg tinggi oleh kerajaan PH…saja lah Jab Agama ni gila glamour…suka hal2 yg ada glamour…membosankan…

  4. utk shake dan sekutu2nya….bukan Jab Agama gila GLAMOUR…HUKUM TETAP HUKUM…..ALLAH MELAKNAT WANITA MENYERUPAI LELAKI DAN BEGITU JUGA LELAKI YANG MENYERUPAI WANITA

    Nisah Ayob yg diberikan kedudukan yg tinggi oleh kerajaan P unah H arapan itu mereka tanggung jawab di AKHIRAT kelak sama dengan dengan iktiraf LGBT oleh memanada Mu jahid…SIS yang menentang berKHITAN pada wanita ISLAM.
    hingga mujahid keluarkan arahan TDAK DIBENARKAN bertindak perlakuan MAKSIAT selepas 12 malam
    ISU MURTAD arak judi melacur RASUAH dan PUSAT MAKSIAT sekarang jika Jab Agama ambil tindakan pun dianggap kejar GLAMOUR?????shake

Comments are closed.