Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Kejuaraan Dunia Formula E, untuk tahun ketiga berturut-turut pada 26 dan 27 Februari di Litar E-Prix Diriyah.-pix SaudiGazette

RIYADH – Arab Saudi akan menjadi tuan rumah Kejuaraan Dunia Formula E, untuk tahun ketiga berturut-turut pada 26 dan 27 Februari di Litar E-Prix Diriyah.

Perlumbaan akan diadakan pada waktu malam dengan menyalakan trek dengan lampu LED untuk pertama kalinya dalam sejarah Formula E.

Perlumbaan dianjurkan oleh Kementerian Sukan Arab Saudi dengan kerjasama Persekutuan Automobil dan Motosikal Saudi, dengan penyertaan 24 pesaing yang mewakili banyak syarikat terkenal dalam industri kereta sukan elektrik seperti Porsche dan Mercedes-Benz.

Sektor sukan menyaksikan sokongan hebat oleh Penjaga Dua Masjid Suci ,Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad  Salman dan kerajaan Arab Saudi telah mengadakan banyak acara sukan global sebelum ini, lapor SaudiGazette.

Acara sukan yang diselenggarakan mendapat perhatian masyarakat tempatan selain menarik banyak acara sukan.- MalaysiaGazette