Elon Musk. foto Agensi

NEW YORK – Pemilik Tesla, Elon Musk kehilangan gelaran individu terkaya di dunia selepas saham syarikat kereta elektrik itu yang memacu kekayaannya merudum.

Saham Tesla jatuh lebih dari 20% sejak ia mencapai paras tertinggi lebih dari AS$ 880 pada awal Januari lalu selepas dikaitkan dengan pelaburan berisiko berjumlah AS$ 1.5 bilion dalam syarikat Bitcoin.

Kejatuhan saham Tesla mengembalikan kedudukan pemilik Amazon, Jeff Bezos di tangga teratas dalam senarai individu terkaya.

Risiko dikaitkan dengan kedudukan Bitcoin yang tidak menentu – yang telah jatuh mendadak sejak kebelakangan ini – mungkin mendorong sebilangan pelabur Tesla untuk menjual saham mereka, walaupun syarikat itu tidak terjejas akibat penurunan itu, kata Penganalisis Wedbush Securities, Dan Ives.

“Oleh kerana Musk dan Tesla secara agresif dikaitkan dengan Bitcoin … pelabur meminggirkan Bitcoin dan Tesla,” katanya.

Nilai Bitcoin melonjak hampir 50% dalam beberapa minggu kebelakangan ini setelah Tesla mendedahkan ia membeli sejumlah AS$ 1.5 bilion mata wang dan merancang untuk menerimanya sebagai pembayaran.

Tetapi sejak ia naik melepasi AS$ 57,000 sesaham pada hari Ahad, mata wang kripto telah menurun hampir 20%.

Ia diperdagangkan pada harga kurang daripada AS$ 48,000 pada hari Selasa – masih lebih tinggi berbanding ketika Tesla mendedahkan taruhannya. – MalaysiaGazette