Kebakaran besar di lokasi nahas kereta api yang membawa bahan bakar dengan sebuah lori di Texas. foto Reuters

TEXAS – Sebuah kereta api yang mengangkut petrol telah terbakar setelah bertembung dengan sebuah lori di laluan lintasan dekat Texas.

Kemalangan itu menyebabkan api marak dan asap tebal.

Rumah-rumah yang berdekatan terpaksa dipindahkan dan sekurang-kurangnya sebuah kediaman musnah akibat kebakaran.

Pemandu dan penumpang dari kedua-dua kenderaan itu sempat menyelamatkan diri.

Setakat berita ini ditulis, tiada kemalangan nyawa dilaporkan.

“Mujur semua orang selamat,” kata polis Milam, Chris White.

Menurutnya, pada masa ini pasukan penyelamat hanya memberi fokus untuk mengawal kebakaran dan melakukan kerja-kerja pembersihan.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya tiga gerabak terbakar.

White berkata, kereta api itu membawa “beberapa bahan berbahaya” di dalam gerabak di bahagian belakang dan bahagian itu telah dipisahkan.

Selain petrol, kereta api itu turut membawa arang batu.

White berkata, usaha memadamkan kebakaran agak mencabar kerana keadaan terlalu panas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast