The government has extended the period for the appeal of Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) beginning 15 until 30 June for those whose application were not approved.
Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Rancangan pemulihan ekonomi negara berada pada landasan yang tepat dengan berlangsungnya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula hari ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemulihan ekonomi tentunya akan menyusul bersama dengan pemulihan kesihatan awam.

“Kerajaan mensasarkan 80% atau 27 juta penduduk Malaysia akan divaksinasi menjelang suku pertama 2022 bagi mencapai imuniti kelompok,” katanya dalam kenyataan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-42 hari ini.

Menurutnya, banyak sektor ekonomi yang menanti pembukaan sempadan bukan sahaja dalam negara malah ke luar negara seperti sektor pelancongan dan peruncitan.

”Bagi mereka dari sektor pelancongan, manfaatkanlah peruntukan Pembiayaan Sektor
Pelancongan Penjana sebanyak RM1 bilion bagi PKS (perusahaan kecil dan sederhana) dan PKS mikro yang masih terkesan dengan Covid-19.

Tengku Zafrul berkata, Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.6 – 6.7% bagi tahun 2021 berikutan pelancaran program vaksinasi global.

Ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia pada kadar 4%. – MalaysiaGazette