Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat bantahan pengambilan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Kebangsaan jika laporan polis dilakukan.

Timbalan Ketua Polis Negara Komisioner Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

“Polis Diraja Malaysia akan membuka kertas siasatan sekiranya menerima sebarang laporan polis berhubung isu ini.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalm kenyataan hari ini.

Berikutan itu Acryl menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan atau mencetuskan kegusaran masyarakat. – MalaysiaGazette