Carlos Ancelotti

LONDON – Carlos Ancelotti berhasrat untuk mengemudi Everton bagi tempoh lebih lama selepas berpindah ke stadium baharu di Bramley Moore Dock pada 2024.

Kontrak Pengurus berusia 61 tahun itu akan tamat pada 2024.

Pelan pembangunan stadium baru dengan kapasiti 52,888 tempat duduk diluluskan oleh Ahli Majlis pada minggu ini.

“Saya ingin kekal seberapa lama yang boleh bersama pasukan Toffees. Saya juga mahu menikmati suasana stadium baharu kami yang akan dibuka pada 2024 nanti.

“Ia akan menjadi satu pencapaian terbaik untuk saya jika diberi peluang mengemudi pasukan ini untuk tempoh panjang selepas 2024 nanti,” katanya.

Menurut Ancelotti, sekiranya dia berjaya meletakkan pada kedudukan yang baik pada 2024, tugasnya tidak akan tamat di Everton.

Ancelotti pernah membawa Chelsea bergelar juara PIala FA dan menjulang piala Liga Juara-Juara Eropah untuk AC Milan selama dua musim berturut-turut.

Kemenangan bersejarah 2-0 ke atas Liverpool di Anfield buat kali pertama selepas 22 tahun menyaksikan pasukannya melonjak ke tangga keenam. – MalaysiaGazette