PETALING JAYA – Dua individu yang menaiki kereta Proton Waja bertindak agresif dengan melanggar sebuah lori dan sebuah kereta di persingan jalan di Sierramas, Sungai Buloh hari ini bagi mengelak ditahan polis.

Menerusi rakaman video, dua anggota polis dilihat mendekati kenderaan mereka yang tidak dapat bergerak kerana lori yang berada di hadapan dan kereta Produa MyVi disebelah berhenti lampu isyarat merah.

Menyedari mereka telah terperangkap, pemandu kereta Proton Waja itu mula melanggar lori dan kereta Produa MyVi itu bagi membuka ruang untuk meloloskan diri.

Berikutan itu, salah seorang anggota polis menghampiri bahagian kiri hadapan Proton Waja itu dan mula melepaskan tembakan ke arah tayar.

Pemandu Proton Waja itu mula mengundur keretanya dan mula melanggar lori dan menggesel sisi tepi Produa MyVi beberapa kali.

Anggota polis terbabit turut menembak tayar hadapan sebelah kanan sebelum pemandunya meloloskan diri.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam 12 tengahari semasa anggota polis peronda itu cuba menahan kereta yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.