KUALA LUMPUR – Sebuah kilang kitar semula di Kampung Jawa, Klang hampir musnah selepas terbakar dalam kejadian semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu menyebabkan 80 peratus bangunan Kelas A jenis setingkat musnah.

“Tiada mangsa dilaporkan. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih belum diketahui dan akan disiasat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Norazam berkata, seramai 44 anggota bomba terlibat dalam memadamkan kebakaran itu selepas pihaknya tiba di lokasi pada pukul 3.30 petang.

Ujarnya, anggota yang dikejarkan ke lokasi kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, Andalas, Puchong, Sungai Pinang, Petaling Jaya dan Kota Anggerik. – MalaysiaGazette