loan moratorium Datuk Seri Najib Tun Razak. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 10 JULY 2017.
Najib Razak PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 10 JULY 2017.

KUALA LUMPUR – Kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjawab dakwaan kononnya seorang timbalan menteri berada di luar negara sejak tiga bulan lalu boleh mengundang kemarahan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan jemaah Kabinet itu seolah-olah dwi-standard ketika rakyat dilarang membuat rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Jika laporan ini benar and ianya tidak dijelaskan atau dikendali dengan baik, isu ini bakal mengundang kemarahan yang besar terhadap kerajaan.

“Ketika orang biasa tidak boleh merentas daerah atau negeri, seorang wakil rakyat yang sedang dibayar gaji sebagai ahli Parlimen serta Timbalan Menteri boleh berulang-alik merentas sempadan negara.

“(Lebih hairan) berada di negara asing bersama keluarganya hampir tiga bulan pula,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu, P.Prabakaran semalam yang bertanya tentang keberadaan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Edmund Santhara Kumar.

Ia susulan laporan mendakwa Santhara berada di New Zealand untuk bersama-sama keluarga sejak Disember 2020.

Prabakaran berkata Santhara perlu segera memberi penjelasan, jika dakwaan laman Sarawak Report itu benar.

Jika dakwaan itu benar, Prabakaran juga mendesak Santhara meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen Segamat serta memulangkan gaji dan elaun yang diterima sejak berada di sana.- MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.