Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memandang serius isu perlanggaran giliran dalam program vaksinasi yang dijalankan di seluruh negara.

Beliau berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagi menangani perkara ini, Khairy mengalu-alukan pemberi maklumat agar terus menghantar e-mel kepadanya melalui [email protected] dan beliau memberi jaminan akan menyiasatnya.

Kenyataan itu dibuat oleh Khairy bagi menjawab kebimbangan yang disuarakan oleh Dr Rafidah Abdullah, pakar nefrologi yang mendakwa menerima banyak mesej berhubung pelanggaran protokol giliran vaksinasi.

Dalam ciapannya, Dr Rafidah berkata, kerajaan perlu memastikan keadilan dalam agihan dan memupuk kepercayaan terhadap program imunisasi nasional.

Beliau turut meminta Khairy mempertimbangkan untuk mempunyai saluran bebas bagi orang ramai mengajukan aduan.

Dalam ciapan itu, Dr Rafidah turut berkongsi aduan netizen yang meminta beliau menengahkan isu perlanggaran giliran vaksinasi di Kelantan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast