MV Helios Ray

DUBAI – Iran mungkin di belakang letupan yang berlaku ke atas sebuah kapal kargo milik Israel di Teluk Oman pada minggu lalu, kata Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz.

Kapal MV Helios Ray yang membawa kenderaan diserang pada 25 Februari lalu.

“Lokasi kapal berdekatan dengan Iran yang meningkatkan kemungkinan Iran bertenggungjawab tetapi ia mesti disahkan,” kata Gantz dalam temu bual dengan rangkaian televisyen milik kerajaan Israel, Kan.

“Ketika ini, para peringkat penilaian awal yang mengambil kira jarak, itu adalah penilaian saya,” tambah beliau.

Gantz berkata, adalah diketahui bahawa Iran cuba menjadikan aset dan warga Israel sebagai sasaran.

Pemimpin kanan politik dan pertahanan Israel akan membincangkan tindak balas terhadap serangan tersebut, menurut Kan yang memetik para pegawai yang menyatakan ‘ia telah melintasi garisan merah’.

Letupan itu tidak mengorbankan nyawa tetapi meninggalkan lubang dengan diameter 1.5 meter di bahagian tepi kapal.

MV Ray Helios tiba di Pelabuhan Dubai untuk dibaiki hari ini, menurut agensi Associated Press (AP).

MV Helios Ray dilihat berada di limbungan kering di Dubai oleh wartawan AP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast