Foto Agensi.

LONDON – Manchester United terus gagal meraih kemenangan selepas terikat 0-0 menentang Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.

Skuad Ole Gunnar Solkjaer kini ketinggalan 12 mata di belakang City selepas hanya merakam satu kemenangan dalam empat perlawanan.

United yang berada di tangga kedua liga, mengharapkan dapat merapatkan jurang dengan pendahulu Manchester City dengan kemenangan ke atas Chelsea.

Pengendali Chelsea Thomas Tuchel pula masih belum ditewaskan selepas sembilan perlawanan dalam semua pertandingan sejak menggantikan Frank Lampard.

Namun keputusan seri tidak cukup untuk membantu mereka bersaing merebut tempat dalam kelompok empat teratas.

Berikut keputusan lain Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Crystal Palace 0 Fulham 0

Leicester 1 Arsenal 3

Tottenham 4 Burnley 0

Sheffield United 0 Liverpool 2 – MalaysiaGazette