MGNews : 31 Mac Sebutan Semula Kes Dera Kanak-Kanak Hingga Mati

Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dera hingga mati seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Hakim, Efandi Nazila Abdullah membuat keputusan itu kerana Timbalan Pendakwa Raya, Md Fauzan Mohd Nor belum menerima laporan kimia DNA (asid deoksiribonukleik) dan bedah siasat dari pihak hospital.